Tuesday 2 February 2016

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)

3/02/16 14:53:23: AA Roslina Baharuddin: Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,



YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,



Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) bagi tahun 2016 telah bermula.



Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Penyertaan dibuka kepada individu Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera (syarikat start-up/ permulaan) yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan poster yang mengandungi info lanjut mengenai SUPERB 2016.



Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk membuat hebahan mengenai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2016 untuk dipaparkan di Portal Rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi dan Media Sosial (FB, Twitter, Instagram) dan juga hebahan kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi Tuan/ Puan seperti berikut:



"Anda berpeluang untuk memenangi Dana sehingga RM500,000 bagi idea perniagaan anda!

Bagaimana? Tonton video SUPERB 2016 di https://www.youtube.com/watch?v=I0WDGKvMFwc dan ikuti langkah-langkah yang dikemukakan. Layari http://www.superb.teraju.gov.my untuk info lanjut #‎JomApplySUPERB #‎SUPERBTERAJU #‎SUPERB2016 #TERAJU."



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ahmad Azlan bin Ahmad Shah atau Encik Dzarul Farhan bin Dzahar di talian, 03-7839 8000 atau emel ke ahmad.azlan@teraju.gov.my / dzarul@teraju.gov.my.



http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan-permulaan-bumiputera/



Perhatian dan kerjasama pihak YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan terhadap perkara ini amat dihargai.



Sekian. Terima Kasih.





Salam Hormat,

ULFAT KHASYI'AH BAHARUDIN (RIKA)

Komunikasi Korporat, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Unit Peneraju Agenda Bumiputera

(Jabatan Perdana Menteri)





Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment