Sunday 21 February 2016

PENUBUHAN JURURUNDING KOPEKMAR - TAWARAN KPD AHLI

Mesyuarat mencadangkan penubuhan satu jawatankuasa kerja iaitu jururunding koperasi bagi melaksanakan aktiviti dan projek ekonomi yang dirancang oleh koperasi. Penubuhan jururunding juga dapat memastikan segala perancangan dapat dijalankan seperti yang dirancang. Penubuhan jururunding tidak bertujuan mengambilalih jawatan ALK yang dilantik tetapi hanya untuk menjalankan program dan aktiviti ekonomi yang dirancang oleh ALK.

Tugas dan tanggungjawab jururunding ialah
  • Menjalankan tugas seperti yang pertanggungjawabkan
  • Wajib menghadiri mesyuarat yang dirancang 
  • Mesyuarat akan diadakan sebulan sekali atau mengikut keperluan 
  • Ahli jururunding yang tidak hadir 2 kali berturut-turut akan gugur secara automatik
  • Menjalankan tugas-tugas lain seperti yang diarahkan
Keistimewaan jururunding
  • Mendapat Elaun Kehadiran Mesyuarat (RM30) – akan dibayar pada masa yang sesuai apabila kewangan koperasi mencapai tahap yang kukuh. 
  • Mendapat 5% daripada keuntungan bersih projek yang berjaya dijalankan. 
Mesyuarat juga telah bersetuju untuk menyediakan dana khas bagi memastikan program koperasi dapat dijalankan oleh jururunding. Dana tersebut akan diperolehi daripada wang pinjaman yang sedang diusahakan. Sebagai permulaan, peratusan daripada duit pinjaman akan disediakan sebagai dana untuk pengurusan dan kewangan jururunding.

Tawaran Sebagai Jururunding

Mesyuarat juga bersetuju untuk membuka tawaran kepada ahli kopekmar/pekmar yang berminat menjadi ahli perunding dan mampu memenuhi syarat2 tersebut di atas. Tawaran akan dibuka sehingga 29 hb Februari 2016. Kepada yang berminat, mereka diminta menghubungi (whatsapp) kepada Abdul Rahman Baharuddin (Baman) tidak lewat daripada tarikh berkenaan. Lima (5) pemohon yang pertama sahaja yang akan dipertimbangkan oleh Urusetia untuk menganggotai jururunding berkenaan.

No comments:

Post a Comment