Tuesday 25 February 2014

Dalam kenangan & ingatan..

26 hb Februari (1 tahun pemergian nya)


Ingatan mengimbas kembali detik2 setahun yang lalu pada tarikh yang sama... terasa baru sangat kehilangan beliau. Tubuh kaku terbujur dengan senyuman kelihatan tenang.  





Meninggalkan anak2 serta cucu2 yang masih memerlukan kasih sayang nya. Segala kesukaan nya, setiap masakan nya, teguran & bebelan nya menjadi kerinduan kami anak2 & cucu2.  Setahun rupanya sudah berlalu, namun ingatan pada nya tak pernah padam walau sedetik.


Besemadilah dengan tenang disana....doa kami anak2 cucu buat bonda/ opah yang dirindui..


Hajjah Jamilah binti Haji Mohammad
23 April 1940 - 26 Februari 2013 

*************************************************************

28 Februari (28 tahun pemergiannya)

Hari ini pada 28hb Februari adalah tarikh pemergian Allayarham Tn Haji Mohamed bin Hj Mohd Amin telh kembali ke rahmatullah iaitu pada hari Jumaat.  Marilah bersama-sama anak2 cucu & cicit, ita sedekah kan alfatihah pada arwah sera ahli2 keluarga yang telah pergi.  Semoga ditempatkan bersama orang2 yang soleh...alfatihah.

Arwah adalah seorang ketua kampung di Sg Lanchang, Rungkup Perak.  Beliau merupakan seorang yg sangat baik hati, dihormati dan disayangi oleh orang2 kampung.  Suka menolong orang tanpa mengira bangsa, agama dan waktu... samada wang ringgit & tenaga.  Mengasihi kanak2 dan orang2 tua..

Pada usia remaja arwah seorang yg aktif sukan bermain badmintaon dan terkenal kerana kelincahannya memukul bola.

Telah mengerjakan ibadat haji sebanyak 5 kali dengan menaiki kapal laut haji bersama opah, makcu, tok andak sitah (emak mentua Uda).  

Beliau pernah menerima rawatan di Hospital Tawakal (swasta) kerana sakit paru-paru berair & ada blokage di jantung.  Kos perbelanjaan semasa di Tawakal dibelanjakan sebanyak 25k.  Disitulah arwah telah diberi keistimewaan bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad & Tun Dr Siti Hasmah yg ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.   



Beliau merupakan seorang yang sangat tegas tapi penyayang pada anak2 cucu..akan merotan jika anak2 tidak mengaji, solat dan akan mendenda jika buat kesalahan.  Suka mengajak alim ulamak datang ke rumah dan menjamu mereka makan di rumah baik siang ataupun malam.

Mudah belas kasihan terhadap orang2. Jika bertemu kanak2 beliau akan memberi duit walaupun 20sen.  Jika ke pasar akan membeli makanan yang berlebihan.  Oleh sebab itulah Allah swt memurahkan rezeki atok & anak2 cucu.
  



Atok Hj Mohamad juga pernah membawa teksi dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur kerana ada 2 buah teksi & yang satu lagi disewakan kepada orang lain.  



Haji Muhammad bin Haji Mohd Amin
1912 - 28 Februari 1986

Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solehin. Alfatihah