Thursday 1 August 2013

Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 & Pelancaran Koperasi Keluarga PEKMAR



Lanjutan kepada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pekmar pada 21.6.2013 adalah dimaklumkan akan hasrat untuk mengadakan aktiviti/ acara dwi tahunan seperti berikut :

Tarikh      :  11 Ogos 2013 (Ahad) 4 hari raya
Tempat    :  "Rumah Warisan" Kg Sg. Lancang, Bagan Datoh, Perak
Masa         :   Dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian   :   Suasana Aidilfitri

Ringkasan Aturcara
10.00 pagi - Ketibaan & Pendaftraan
10.30 pagi - Ucapan Alu-Aluan
10.40 pagi - Majlis Tahlil, bacaan Yassen & Doa Selamat
11.30 pagi - Perbincangan/ Dialog/ Pelancaran PEKMAR & KOPERASI
1.15 petang- Rehat/ Makan Tengahari/ Solat
2.00 petang- Sukaneka
4.00 petang- Sessi fotografi
4.30 petang- Penyampaian hadiah/ sumbangan & cenderahati
5.00 petang- Bersurai & sessi penutup 'bakar mercun'

Bagi maksud di atas, kami mengharapkan kerjasama kalian atas kehadiran, persiapan dan komitmen secara langsung agar majlis/ aktiviti yang dibudakan/ dirancangkan dapat direalisasikan.  Tiada sebarang bayaran dikenakan (percuma).  Hanya lazim pihak PEKMAR akan mengadakan/ mengutip derma ikhlas bagi mengisi tabung untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang mana ia adalah bagi manafaat bersama.

Sehubungan dengan itu pendaftaraan Keahlian Koperasi Pekmar akan dilancarkan.  Sejumlah Fee RM20 dan saham seunit RM100 (Jumlah RM120) harus disediakan.  Borang Rasmi Pendaftaran akan diedarkan/ diperolehi waktu pendaftaraan ketibaan.

Diharap butiran diatas adalah sempurna untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/ Puan selanjutnya.  

Selamat berpuasa dan semoga segala amalan diberkati.



No comments:

Post a Comment