Friday, 14 September 2012

MESYUARAT PEKMAR KE 2/2012





Kepada : Semua Ahli PEKMAR






Izinkan saya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan Mesyuarat PEKMAR akan diadakan pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut:
Tarikh / Hari : 15hb September 2012 (Sabtu) Bersamaan : 28 Syawal 1433H
Masa : 03.00 petang
Tempat : No. 9, Jalan AU4/6, Taman Keramat Tengah, 54200 K. Lumpur (Rumah Mak Mah Sharul)

Agenda :
1) Ucapan Pengerusi Majlis / Pengerusi
2) Pembentangan Laporan Kewangan
3) Lantikan AJK / Penasihat Biro 2012 - 2014
4) Lantikan Ahli Lembaga Koperasi PEKMAR
5) Program Majlis Perkahwinan 2012 – 2013
6) Sumbangan Kebajikan & Pelajar Cemerlang
7) Lain-Lain Hal 3.

Kehadiran wakil keluarga adalah WAJIB. Penyertaan Penaung/Penasihat/Ahli-Ahli PEKMAR amat dialu-alukan. Kerjasama dan perhatian dari pihak tuan/puan sangatlah dihargai. Sekian, terima kasih.


Yang menjalankan tugas,
Rosli Bin Mohamad
Setiausaha

Thursday, 16 August 2012

PROGRAM “HARI KELUARGA/SAMBUTAN AIDILFITRI 2012”


 Majlis Akad Nikah Effa
Selamat Pengantin Baru Shaiful
       
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI KEPADA SEMUA AHLI PEKMAR


Berikut adalah aturcara majlis Hari Keluarga PEKMAR bersamaan dengan Sambutan Aidilfitri serta majlis-majlis lain yang akan diadakan dalam tempoh berkenaan. Semua ahli PEKMAR adalah dijemput menghadiri dan bersama-sama memeriahkan lagi majlis-majlis berkenaan :

HARI PERTAMA : 31/8/2012 JUMAAT (13 Syawal 1433)

10.30 pagi
- Berkumpul rumah Enche Milah (Teluk Intan)
- Majlis Tahlil & Doa Selamat

12.00 tengahari
- Jamuan Makan

03.00 petang
- Majlis Akad Nikah Effa
- Bersurai

08.00 malam
- Majlis Akad Nikah Saiful Eman di Selekoh


HARI KEDUA : 01/9/2012 SABTU (14 Syawal 1433)

10.00 pagi
- Berkumpul rumah Mak Chu (Simpang Tiga)

11.00 pagi
- Majlis Tahlil & Doa Selamat

12.00 tengahari
- Rombongan mengiringi persandingan Shaiful ke Selekoh

03.00 petang
- Berkumpul kembali rumah Mak Chu (Simpang Tiga)
- Program Hari Keluarga PEKMAR 2012
   > Mesyuarat Pemilihan AJK 2012 – 2015
   > Sukanika (1)
   > Rehat / Solat
   > Sukanika (2)
   > Penyampaian Hadiah / Sijil
   > Penutup & Sesi Bergambar
   > Jamuan Petang (Menu : pecal/nasi impit Man Selekoh)
Bersurai

Nota :
1) Masa dan aturcara tertakluk kepada pindaan.
2) Sebarang sumbangan / tajaan dialu-alukan untuk memeriahkan majlis.
Sila hubungi Setiausaha sebelum 25/8/2012 di talian 013-2067788.
3) Tema Pakaian – Baju melayu

Urusetia Program :
1) Penasihat, AJK, Ketua Biro & Wakil Keluarga
2) Pengacara Majlis - Pak Jene
3) Persiapan rumah - Tuan rumah / Setiausaha / Pemuda Pemudi (Hiasan/Khemah/kerusi/meja dll)
4) Majlis Tahlil & Doa Selamat - Pak Malek & Ketua Biro Agama (Aziz)
5) Sukanika & Hadiah - Ina
6) Jamuan - Pak Jene / Mak Chu / Mak Mah Shahrul
7) PA System - Aidil / Pak Leman
8) Semua ahli Pekmar diminta bersama-sama berganding bahu menjayakan majlis di atas.

Terima kasih.

SETIAUSAHA

Thursday, 12 July 2012

Dalam Kenangan~ Al Fatihah


Mesti kome x ingat kan hari ni hari ape....
moh tengok bidio ni dulu....


Walau apapon kita tetap menerima takdir Allah SWT. Yang pergi tetap pergi dan tak akan kembali. Mati itu pasti. Yang hidup pasti pergi. Hanya bila, bagaimana dan mengapa itu adalah rahsia Allah SWT.
Semoga roh onyang / nenda / bonda di cucuri rahmat.....

Al - Fatihah

Friday, 1 June 2012

Majlis Akad Nikah Ema 26hb Mei 2012

                       


Majlis Akad Nikah Ema yang berlangsung pada hari sabtu malam 26hb Mei 2012. Majlis dihadiri oleh sanak saudara terdekat. 

Pembetulan: majlis ini ialah majlis akad nikah dan bukan merisik dan pertunangan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Urusetia laman ingin memohon maaf atas kesilapan post yang hantar tersebut.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Thursday, 24 May 2012

Majlis Merisik dan Bertunang Ema

Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis merisik dan bertunang Ema akan berlangsung seperti berikut:

Tempat: Rumah Pak Chu Hamdan & Mak Chu Junaidah, Simpang Tiga, Bagan Datoh
Tarikh: 26 hb Mei 2012
Masa: Selepas waktu Isyak

Kepada sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir ke majlis berkenaan.


Urusetia Laman

Friday, 11 May 2012

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang telah melahir dan mendidik kita selama ini. Jasa mu tak terbalas dan akan sentiasa dikenang. Sempena Hari Ibu pada 12 hb Mei 2012 ini PEKMAR mempersembahkan video berikut khusus untuk ahli-ahli PEKMAR yang bergelar IBU.



Urusetia Laman
11hb Mei 2012

Wednesday, 2 May 2012

Mesyuarat PEKMAR 1/12

Bersama ini disertakan minit mesyuarat PEKMAR untuk makluman dan rujukan semua ahli PeKMaR. Sebarang maklumbalas bolehlah di emel ke pekmar2008@gmail.com.


MESYUARAT AJK BIL 1/12 PADA 11/4/2012. 


Izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan mesyuarat telah membentang, berbincang dan bersetuju pada dasarnya perkara-perkara berikut untuk tindakan lanjut pihak tuan/puan : 


1) STATUS PEKMAR. 
Pada amnya pergerakan serta situasinya kurang aktif. Ini berkemungkinan rangka kerja dan aktiviti yang dirancang kurang kemas, ketiadaan “Blog PEKMAR”, komitmen terhadap keluarga atau peribadi yang tinggi perlu diutamakan. 


2) STATUS KEWANGAN 
Baki terkumpul sehingga 31/3/2012 berjumlah RM1,277.91 


3) YURAN KEAHLIAN 
Tiada bayaran diterima pada tahun 2011. Mesyuarat mencadangkan agar jumlah dan kadar serta kategori bayaran disemak semula. Keputusan : 
3.1 Memansuhkan kadar/kategori sediaada iaitu RM10, RM5 & percuma. 
3.2 Menetapkan kadar sama rata dan saksama, tiada mengira usia iaitu sebanyak RM2 sahaja seorang/setahun. 
3.3 Peraturan ini berkuatkuasa mulai dari 1/1/2011 dan tahun seterusnya. 
3.4 Ahli-ahli digalakkan membuat tindakan bayaran dalam kadar segera kepada Bendahari atau AJK.


4) AKTIVITI PEKMAR 
Program Hari Keluarga/Sambutan Aidilfitri PEKMAR setiap 2 tahun sekali diteruskan. Program tahun ini seperti berikut: 
     Tarikh : 1hb September 2012 Bersamaan : 14 Syawal 1433H 
     Hari : Sabtu 
     Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang 
     Tempat : Rumah Warisan, Sg Lanchang, Rungkup 
     Aturcara/pengisian : 
     Tuan/Puan digalakkan memberi pandangan/syor/cadangan/ulasan.     
     Segala maklumat/butiran perlu disampaikan kepada SU/AJK  
     sebelum atau pada 31/5/2012 untuk dibawa dan dibincangkan 
     dalam mesyuarat khas AJK pengelolaan/perlaksanaan. 


5) MESYUARAT AGONG PEKMAR 
Disyor dan diadakan serentak pada Hari Keluarga 2012. Mesyuarat AJK mencadangkan butiran seperti berikut : 
5.1 Barisan AJK penggal 2012 – 2015 terbuka kepada semua ahli PEKMAR (anak/menantu/cucu/menantu cucu/cicit) 
5.2 Melantik Pengerusi Baru dan 9 AJK. Barisan AJK Baru akan bersidang dan melantik 5 orang lagi bagi memenuhi kuota keseluruhan sebanyak 15 orang. 
5.3 Melantik 4 orang Penasihat kepada 4 Biro Utama (Biro Agama & Kebajikan, Biro Ekonomi & Perniagaan, Biro Sukan & Rekreasi dan Biro Multimedia & Pendidikan) 


6) LAIN-LAIN HAL. 
Ketua keluarga dan ahli-ahli digalakkan menghubungi terus seketriat PEKMAR jika terdapat sebarang perkara/urusan/maklumat untuk dikongsi/dibincangkan/diambil tindakan seberapa segera. 


Yang berusaha, 
ROSLI MOHAMAD 
Setiausaha