Friday, 1 June 2012

Majlis Akad Nikah Ema 26hb Mei 2012

                       


Majlis Akad Nikah Ema yang berlangsung pada hari sabtu malam 26hb Mei 2012. Majlis dihadiri oleh sanak saudara terdekat. 

Pembetulan: majlis ini ialah majlis akad nikah dan bukan merisik dan pertunangan seperti yang dimaklumkan sebelum ini. Urusetia laman ingin memohon maaf atas kesilapan post yang hantar tersebut.


Sent from my Samsung Galaxy Tab

Thursday, 24 May 2012

Majlis Merisik dan Bertunang Ema

Adalah dimaklumkan bahawa satu majlis merisik dan bertunang Ema akan berlangsung seperti berikut:

Tempat: Rumah Pak Chu Hamdan & Mak Chu Junaidah, Simpang Tiga, Bagan Datoh
Tarikh: 26 hb Mei 2012
Masa: Selepas waktu Isyak

Kepada sesiapa yang berkesempatan dijemput hadir ke majlis berkenaan.


Urusetia Laman

Friday, 11 May 2012

Selamat Hari Ibu


Selamat Hari Ibu kepada semua ibu-ibu yang telah melahir dan mendidik kita selama ini. Jasa mu tak terbalas dan akan sentiasa dikenang. Sempena Hari Ibu pada 12 hb Mei 2012 ini PEKMAR mempersembahkan video berikut khusus untuk ahli-ahli PEKMAR yang bergelar IBU.



Urusetia Laman
11hb Mei 2012

Wednesday, 2 May 2012

Mesyuarat PEKMAR 1/12

Bersama ini disertakan minit mesyuarat PEKMAR untuk makluman dan rujukan semua ahli PeKMaR. Sebarang maklumbalas bolehlah di emel ke pekmar2008@gmail.com.


MESYUARAT AJK BIL 1/12 PADA 11/4/2012. 


Izinkan saya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan mesyuarat telah membentang, berbincang dan bersetuju pada dasarnya perkara-perkara berikut untuk tindakan lanjut pihak tuan/puan : 


1) STATUS PEKMAR. 
Pada amnya pergerakan serta situasinya kurang aktif. Ini berkemungkinan rangka kerja dan aktiviti yang dirancang kurang kemas, ketiadaan “Blog PEKMAR”, komitmen terhadap keluarga atau peribadi yang tinggi perlu diutamakan. 


2) STATUS KEWANGAN 
Baki terkumpul sehingga 31/3/2012 berjumlah RM1,277.91 


3) YURAN KEAHLIAN 
Tiada bayaran diterima pada tahun 2011. Mesyuarat mencadangkan agar jumlah dan kadar serta kategori bayaran disemak semula. Keputusan : 
3.1 Memansuhkan kadar/kategori sediaada iaitu RM10, RM5 & percuma. 
3.2 Menetapkan kadar sama rata dan saksama, tiada mengira usia iaitu sebanyak RM2 sahaja seorang/setahun. 
3.3 Peraturan ini berkuatkuasa mulai dari 1/1/2011 dan tahun seterusnya. 
3.4 Ahli-ahli digalakkan membuat tindakan bayaran dalam kadar segera kepada Bendahari atau AJK.


4) AKTIVITI PEKMAR 
Program Hari Keluarga/Sambutan Aidilfitri PEKMAR setiap 2 tahun sekali diteruskan. Program tahun ini seperti berikut: 
     Tarikh : 1hb September 2012 Bersamaan : 14 Syawal 1433H 
     Hari : Sabtu 
     Masa : 8.30 pagi – 5.00 petang 
     Tempat : Rumah Warisan, Sg Lanchang, Rungkup 
     Aturcara/pengisian : 
     Tuan/Puan digalakkan memberi pandangan/syor/cadangan/ulasan.     
     Segala maklumat/butiran perlu disampaikan kepada SU/AJK  
     sebelum atau pada 31/5/2012 untuk dibawa dan dibincangkan 
     dalam mesyuarat khas AJK pengelolaan/perlaksanaan. 


5) MESYUARAT AGONG PEKMAR 
Disyor dan diadakan serentak pada Hari Keluarga 2012. Mesyuarat AJK mencadangkan butiran seperti berikut : 
5.1 Barisan AJK penggal 2012 – 2015 terbuka kepada semua ahli PEKMAR (anak/menantu/cucu/menantu cucu/cicit) 
5.2 Melantik Pengerusi Baru dan 9 AJK. Barisan AJK Baru akan bersidang dan melantik 5 orang lagi bagi memenuhi kuota keseluruhan sebanyak 15 orang. 
5.3 Melantik 4 orang Penasihat kepada 4 Biro Utama (Biro Agama & Kebajikan, Biro Ekonomi & Perniagaan, Biro Sukan & Rekreasi dan Biro Multimedia & Pendidikan) 


6) LAIN-LAIN HAL. 
Ketua keluarga dan ahli-ahli digalakkan menghubungi terus seketriat PEKMAR jika terdapat sebarang perkara/urusan/maklumat untuk dikongsi/dibincangkan/diambil tindakan seberapa segera. 


Yang berusaha, 
ROSLI MOHAMAD 
Setiausaha

Saturday, 28 April 2012

Yeeh!! Laman baru utk PekMar

Ini adalah laman baru utk PekMar setelah laman lama sebelum ini telah ditutup oleh pihak Google tanpa mengetahui puncanya. Persatuan keluarga ini tetap akan diteruskan walau apapun halangan yang dihadapi.

Dengan itu, semua Ahli PekMar diminta menyumbang sebarang maklumat untuk blog ini dengan menghantar bahan mereka kepada emel berkenaan: pekmar2008@gmail.com. Bahan-Bahan tersebut akan disemak dahulu oleh pihak Urusetia laman ini sebelum di upload utk paparan semua. Kerjasama semua Ahli amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Urusetia Laman
PekMar2008