Tuesday, 9 February 2016

Bengkel ICT anjuran ANGKASA.

Assalammualaikum Tuan/Puan para pemimpin koperasi yang dihormati.



Sukacitanya, Saya mempelawa Tuan/Puan sebagai pemimpin koperasi untuk menghantar wakil peserta (2 ORANG SAHAJA - SETIAP KOPERASI) bagi mengikuti program seperti di bawah.



___________________________

Nama program: Bengkel Pembangunan & Pengurusan Laman Web Profesional Koperasi Berasaskan Platform JOOMLA! (Zon Perak)



Tempat: The Kandu Resort, Gopeng Perak



Tarikh bengkel diadakan : 12-14 Februari 2016 (Jumaat-Ahad)



Yuran kursus, kemudahan penginapan (hotel) & makan minum bernilai RM1200 bagi setiap peserta sepanjang program ditaja oleh ANGKASA sepenuhnya (PERCUMA)



NOTA PENTING:

Sila bawa bersama keperluan utama bengkel iaitu SEBUAH KOMPUTER BIMBIT (NOTEBOOK) peribadi bagi setiap peserta dan broadband internet (jika ada)



Aturcara program akan bermula jam 3.00pm pada 12hb Februari 2016 (jumaat) dan akan tamat pada 14hb Februari 2016 (ahad) jam 2.00pm



Untuk penyertaan, sila mesej/whatsapp maklumat lengkap peserta seperti di bawah:



#NAMA PESERTA:

#NO.KP:

#NO.HP:

#NAMA KOPERASI:

#ALAMAT EMEL:



ke Abdul Rahman Baharuddin (BAMAN) dengan kadar SEGERA.



Sekian utk makluman & tindakan Tuan/Puan





Sent from my iPhone

Monday, 8 February 2016

Gambar oleh PA

Gambar kebun sawit II yang telah disediakan oleh PA.

    

    

Tuesday, 2 February 2016

Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB)

3/02/16 14:53:23: AA Roslina Baharuddin: Assalamualaikum w.b.t. dan Salam Sejahtera,



YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan,



Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas. Sukacita dimaklumkan bahawa program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) bagi tahun 2016 telah bermula.



Untuk makluman YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan, Skim Permulaan Usahawan Bumiputera (SUPERB) menyediakan geran sehingga RM500,000 untuk menyokong idea perniagaan yang inovatif dan kreatif. Penyertaan dibuka kepada individu Bumiputera yang ingin menjadi usahawan atau syarikat Bumiputera (syarikat start-up/ permulaan) yang beroperasi kurang daripada 3 tahun. Pemilihan usahawan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Pemilihan SUPERB yang dianggotai sekumpulan panel usahawan yang berjaya dalam bidang perniagaan masing-masing. Bersama-sama ini dilampirkan poster yang mengandungi info lanjut mengenai SUPERB 2016.



Sehubungan itu, dipohon kerjasama pihak YBhg. Tan Sri/Datuk Seri/Datuk/Dato'/Tuan/Puan untuk membuat hebahan mengenai Skim Usahawan Permulaan Bumiputera (SUPERB) 2016 untuk dipaparkan di Portal Rasmi Kementerian/Jabatan/Agensi dan Media Sosial (FB, Twitter, Instagram) dan juga hebahan kepada warga Kementerian/Jabatan/Agensi Tuan/ Puan seperti berikut:



"Anda berpeluang untuk memenangi Dana sehingga RM500,000 bagi idea perniagaan anda!

Bagaimana? Tonton video SUPERB 2016 di https://www.youtube.com/watch?v=I0WDGKvMFwc dan ikuti langkah-langkah yang dikemukakan. Layari http://www.superb.teraju.gov.my untuk info lanjut #‎JomApplySUPERB #‎SUPERBTERAJU #‎SUPERB2016 #TERAJU."



Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, pihak YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan boleh menghubungi Encik Ahmad Azlan bin Ahmad Shah atau Encik Dzarul Farhan bin Dzahar di talian, 03-7839 8000 atau emel ke ahmad.azlan@teraju.gov.my / dzarul@teraju.gov.my.



http://www.teraju.gov.my/skim-usahawan-permulaan-bumiputera/



Perhatian dan kerjasama pihak YBhg Datuk/Dato'/Tuan/Puan terhadap perkara ini amat dihargai.



Sekian. Terima Kasih.





Salam Hormat,

ULFAT KHASYI'AH BAHARUDIN (RIKA)

Komunikasi Korporat, Bahagian Perkhidmatan Korporat

Unit Peneraju Agenda Bumiputera

(Jabatan Perdana Menteri)





Sent from my iPhone

Wednesday, 27 January 2016

Rombongan Pekmar Di Jawa Timur

Majlis Pertunangan Nadia

26/01/16 12:02:43: Agos Pak Agos: Pengumuman untuk warga Pekmar.

----------------------------------

28 Feb.2016 hari Ahad.

Dijemput melapangkan waktu bagi memenuhi hajat Pak Mat & Pn Zaleha untuk menghadri majlis pertunangan putri sulung beliau (Nadia) di teratak nya di Sg.Betul.

Wasalam.

26/01/16 12:21:38: Agos Pak Agos: Majlis pertunangan lepas Zohor @ Jam 2.00 petang.

Wasalam.





Sent from my iPhone

Saturday, 23 January 2016

Mesyuarat Pre Counsel KoPEKMAR

21/01/16 21:40:47: Rosli Mohamad: Pengumuman;

Mesy mlm esok akan berubah tempat lokasi d keramat, rest taqwa (belakang rmh mak mah boy) lain2 tiada berubah

22/01/16 08:01:01: Agos Pak Agos: Mesy. Alk/penasihat mlm.ni ada susulan MAT 16 hb.tujuan adalah mengesahkan perlantikan /keputusan serta hal2 tertangguh utk dirumuskan/pencerahan.

Wasalam.Diharap mesy.mlm ni dapat tamatkan seawal mungkin.

Tuesday, 27 January 2015

BICARAKUASA 4 FEB 2015

Seperti yang telah dimaklumkan waris atau wakil waris yang tidak dapat hadir ke bicarakuasa yang akan diadakan di Pejabat Tanah Teluk Intan perlu mengemukakan Borang DDA yang ditandatangani serta diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tandatangan tersebut perlu dibuat dihadapan Pesusruhjaya Sumpah.

Disini disediakan pautan untuk memuaturun Borang DDA berkenaan. Terdapat dua Borang DDA yang perlu diuruskan seperti berikut:

1. Borang DDA 1 - Pusaka Hj Mohamed
2. Borang DDA 2 - Pusakan Hjh Rupiah
3. Senarai Waris perlu hadir utk bicarakuasa Atok

Semoga bicarakuasa berjalan dengan baik dan sempurna.
Sekian wassalam.

..................................................................

Alhamdulillah selesai sudah upacara bicarakuasa yang kita tunggu selama hampir 29 tahun. Pautan berikut adalah keputusan bicarakuasa yang telah dimuktamadkan oleh majistret:

Keputusan Bicarakuasa