21/01/16 21:40:47: Rosli Mohamad: Pengumuman;
Mesy mlm esok akan berubah tempat lokasi d keramat, rest taqwa (belakang rmh mak mah boy) lain2 tiada berubah
22/01/16 08:01:01: Agos Pak Agos: Mesy. Alk/penasihat mlm.ni ada susulan MAT 16 hb.tujuan adalah mengesahkan perlantikan /keputusan serta hal2 tertangguh utk dirumuskan/pencerahan.
Wasalam.Diharap mesy.mlm ni dapat tamatkan seawal mungkin.
Persatuan Keluarga Hj Muhammad dan Hjh Rupiah - Sungai Lancang, Bagan Datoh, Perak Darul Riduan
Saturday, 23 January 2016
Tuesday, 27 January 2015
BICARAKUASA 4 FEB 2015
Seperti yang telah dimaklumkan waris atau wakil waris yang tidak dapat hadir ke bicarakuasa yang akan diadakan di Pejabat Tanah Teluk Intan perlu mengemukakan Borang DDA yang ditandatangani serta diperakukan oleh Pesuruhjaya Sumpah. Tandatangan tersebut perlu dibuat dihadapan Pesusruhjaya Sumpah.
Disini disediakan pautan untuk memuaturun Borang DDA berkenaan. Terdapat dua Borang DDA yang perlu diuruskan seperti berikut:
1. Borang DDA 1 - Pusaka Hj Mohamed
2. Borang DDA 2 - Pusakan Hjh Rupiah
3. Senarai Waris perlu hadir utk bicarakuasa Atok
Semoga bicarakuasa berjalan dengan baik dan sempurna.
Sekian wassalam.
..................................................................
Alhamdulillah selesai sudah upacara bicarakuasa yang kita tunggu selama hampir 29 tahun. Pautan berikut adalah keputusan bicarakuasa yang telah dimuktamadkan oleh majistret:
Keputusan Bicarakuasa
Disini disediakan pautan untuk memuaturun Borang DDA berkenaan. Terdapat dua Borang DDA yang perlu diuruskan seperti berikut:
1. Borang DDA 1 - Pusaka Hj Mohamed
2. Borang DDA 2 - Pusakan Hjh Rupiah
3. Senarai Waris perlu hadir utk bicarakuasa Atok
Semoga bicarakuasa berjalan dengan baik dan sempurna.
Sekian wassalam.
..................................................................
Alhamdulillah selesai sudah upacara bicarakuasa yang kita tunggu selama hampir 29 tahun. Pautan berikut adalah keputusan bicarakuasa yang telah dimuktamadkan oleh majistret:
Keputusan Bicarakuasa
Tuesday, 17 June 2014
BORANG AHLI KOPEKMAR
Ahli-ahli PEKMAR yang ingin mendaftar untuk menjadi ahli koperasi PEKMAR atau KOPEKMAR adalah diminta untuk mengemukakan Borang Pendaftaran Ahli (sila muaturun borang disini) bersama-sama dengan bayaran seperti berikut:
1. Pendaftaran RM20.00
2. Yuran Ahli RM100.00
Borang Pendaftaran dan bayaran-bayaran tersebut di atas bolehlah diserah kepada Bendahari/Wakil Bendahari untuk tindakan selanjutnya.
Sekian
Pengerusi PEKMAR
1. Pendaftaran RM20.00
2. Yuran Ahli RM100.00
Borang Pendaftaran dan bayaran-bayaran tersebut di atas bolehlah diserah kepada Bendahari/Wakil Bendahari untuk tindakan selanjutnya.
Sekian
Pengerusi PEKMAR
Tuesday, 25 February 2014
Dalam kenangan & ingatan..
26 hb Februari (1 tahun pemergian nya)
Ingatan mengimbas kembali detik2 setahun yang lalu pada tarikh yang sama... terasa baru sangat kehilangan beliau. Tubuh kaku terbujur dengan senyuman kelihatan tenang.

Meninggalkan anak2 serta cucu2 yang masih memerlukan kasih sayang nya. Segala kesukaan nya, setiap masakan nya, teguran & bebelan nya menjadi kerinduan kami anak2 & cucu2. Setahun rupanya sudah berlalu, namun ingatan pada nya tak pernah padam walau sedetik.
Besemadilah dengan tenang disana....doa kami anak2 cucu buat bonda/ opah yang dirindui..
Hajjah Jamilah binti Haji Mohammad
23 April 1940 - 26 Februari 2013
*************************************************************
28 Februari (28 tahun pemergiannya)
Hari ini pada 28hb Februari adalah tarikh pemergian Allayarham Tn Haji Mohamed bin Hj Mohd Amin telh kembali ke rahmatullah iaitu pada hari Jumaat. Marilah bersama-sama anak2 cucu & cicit, ita sedekah kan alfatihah pada arwah sera ahli2 keluarga yang telah pergi. Semoga ditempatkan bersama orang2 yang soleh...alfatihah.
Arwah adalah seorang ketua kampung di Sg Lanchang, Rungkup Perak. Beliau merupakan seorang yg sangat baik hati, dihormati dan disayangi oleh orang2 kampung. Suka menolong orang tanpa mengira bangsa, agama dan waktu... samada wang ringgit & tenaga. Mengasihi kanak2 dan orang2 tua..
Pada usia remaja arwah seorang yg aktif sukan bermain badmintaon dan terkenal kerana kelincahannya memukul bola.
Telah mengerjakan ibadat haji sebanyak 5 kali dengan menaiki kapal laut haji bersama opah, makcu, tok andak sitah (emak mentua Uda).
Beliau pernah menerima rawatan di Hospital Tawakal (swasta) kerana sakit paru-paru berair & ada blokage di jantung. Kos perbelanjaan semasa di Tawakal dibelanjakan sebanyak 25k. Disitulah arwah telah diberi keistimewaan bertemu dengan Tun Dr Mahathir Mohamad & Tun Dr Siti Hasmah yg ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Beliau merupakan seorang yang sangat tegas tapi penyayang pada anak2 cucu..akan merotan jika anak2 tidak mengaji, solat dan akan mendenda jika buat kesalahan. Suka mengajak alim ulamak datang ke rumah dan menjamu mereka makan di rumah baik siang ataupun malam.
Mudah belas kasihan terhadap orang2. Jika bertemu kanak2 beliau akan memberi duit walaupun 20sen. Jika ke pasar akan membeli makanan yang berlebihan. Oleh sebab itulah Allah swt memurahkan rezeki atok & anak2 cucu.
Atok Hj Mohamad juga pernah membawa teksi dari Teluk Intan ke Kuala Lumpur kerana ada 2 buah teksi & yang satu lagi disewakan kepada orang lain.
1912 - 28 Februari 1986
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solehin. Alfatihah
Semoga roh mereka ditempatkan dikalangan para solehin. Alfatihah
Thursday, 1 August 2013
Majlis Sambutan Aidilfitri 2013 & Pelancaran Koperasi Keluarga PEKMAR
Lanjutan kepada Mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Pekmar pada 21.6.2013 adalah dimaklumkan akan hasrat untuk mengadakan aktiviti/ acara dwi tahunan seperti berikut :
Tarikh : 11 Ogos 2013 (Ahad) 4 hari raya
Tempat : "Rumah Warisan" Kg Sg. Lancang, Bagan Datoh, Perak
Masa : Dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang
Pakaian : Suasana Aidilfitri
Ringkasan Aturcara
10.00 pagi - Ketibaan & Pendaftraan
10.30 pagi - Ucapan Alu-Aluan
10.40 pagi - Majlis Tahlil, bacaan Yassen & Doa Selamat
11.30 pagi - Perbincangan/ Dialog/ Pelancaran PEKMAR & KOPERASI
1.15 petang- Rehat/ Makan Tengahari/ Solat
2.00 petang- Sukaneka
4.00 petang- Sessi fotografi
4.30 petang- Penyampaian hadiah/ sumbangan & cenderahati
5.00 petang- Bersurai & sessi penutup 'bakar mercun'
Bagi maksud di atas, kami mengharapkan kerjasama kalian atas kehadiran, persiapan dan komitmen secara langsung agar majlis/ aktiviti yang dibudakan/ dirancangkan dapat direalisasikan. Tiada sebarang bayaran dikenakan (percuma). Hanya lazim pihak PEKMAR akan mengadakan/ mengutip derma ikhlas bagi mengisi tabung untuk perlaksanaan aktiviti-aktiviti yang mana ia adalah bagi manafaat bersama.
Sehubungan dengan itu pendaftaraan Keahlian Koperasi Pekmar akan dilancarkan. Sejumlah Fee RM20 dan saham seunit RM100 (Jumlah RM120) harus disediakan. Borang Rasmi Pendaftaran akan diedarkan/ diperolehi waktu pendaftaraan ketibaan.
Diharap butiran diatas adalah sempurna untuk makluman dan tindakan pihak Tuan/ Puan selanjutnya.
Selamat berpuasa dan semoga segala amalan diberkati.
Thursday, 6 June 2013
Majlis Perkahwinan Mohd Nur'Aidil & Mohd Rofi'e
ALHAMDULILAH BERSYUKUR KEPADA ALLAH...
Majlis Akad Nikah bagi kedua-dua belah pihak perempuan sudah pon selamat berlangsung

Majlis Akad Nikah bagi kedua-dua belah pihak perempuan sudah pon selamat berlangsung


KINI....
tiba pula Majlis Perkahwinan di Ipoh. Di jemput seluruh ahli keluarga PEKMAR hadir pada hari yg bahagia tersebut - 15hb Jun 2013 (Sabtu).
Yang jauh & yang dekat sama-sama lah kita meraikan majlis kedua mempelai ini.
tiba pula Majlis Perkahwinan di Ipoh. Di jemput seluruh ahli keluarga PEKMAR hadir pada hari yg bahagia tersebut - 15hb Jun 2013 (Sabtu).
Yang jauh & yang dekat sama-sama lah kita meraikan majlis kedua mempelai ini.
Warna Tema - Sliver a.k.a Kelabu
Aturcara Majlis
Jumaat - 14hb Jun 2013
6 pm - 10pm Gotong royong pemasangan khemah
Menyusun kerusi/ meja di dalam khemah
Sabtu - 15hb Jun 2013
10.00 pagi Ketibaan saudara mara & jiran tetangga
11.00 pagi Bacaan doa (Tuan Haji Razi)
Jamuan makan untuk saudara mara & jiran tetangga
11.30 pagi Ketibaan tetamu jemputan
12.30 tgh Ketibaan pasangan pengantin & rombongan pihak perempuan
Selawat Nabi & bacaan doa (Tuan Haji Malek)
1.30 ptg Majlis Persandingan (dalam rumah)
Majlis Merenjis & Menepung Tawar
Makan Beradab
Sesi Fotografi (Keluarga Pengantin)
Majlis memotong kek
Acara menabur gula-gula
04.00 ptg Majlis ramah mesra bersama sanak saudara
Penutup/ Doa kesyukuran
Bersurai
Senarai Petugas/ Urusetia
Penyelaras Majlis : Agos Lokman, Erwan & Abdul Rahman
Pengaraca Majlis : Zainal
Penyambut Tetamu : Lelaki 1) Penaung Pekmar
Perempuan 1) Penasihat Pekmar
Urusetia Makanan : Rosli & Abdul Rahman + Pemuda/ Pemudi Pekmar
Urusetia Khemah Tetamu (Lelaki) : Pemuda Pekmar
Urusetia Khemah Tetamu (Perempuan) : Pemudi Pekmar
Urusetia Khemah Pengantin/ Cenderahati : Najlil Hayati, Junaidah & Zaleha
Pembantu Khas : Ameer & Amy
Cenderahati Tetamu/ Keluarga : Shahada & Amy
PA System : Sharel & Shahrul
Signage/ Bungga Mangga/ Parking : Ameer & Erwan
Keselamatan : Dr Amer
Pelamin/ Merenjis/ Bunga Telur/ Dalaman : Amy & Maimon
Majlis Merenjis/ Tepung Tawar : 1) Wakil Keluarga Pengantin Perempuan
2) Penaung & Penasihat Pekmar
3) Akan dimaklumkan
Nota:
Senarai nama petugas/ urusetia di atas utk rujukan & panduan bagi melancarkan aturcara majlis. Sebarang pindaan/ pertukaran akan dimaklumkan dari masa ke semasa. Kami juga mengalu-alukan semua ahli Pekmar bersama-sama berganding bahu membantu menjayakan majlis walimatulurus Y & W. Sekalung penghargaan & jutaan terima kasih.
Daripada Keluarga Pengantin.
Sunday, 19 May 2013
Video Selamat Hari Ibu 2013
Sempena Hari Ibu pada 12 hb Mei 2013 disediakan klip video khas untuk Ibu Jamilah yang telah pergi . . . .
Sila klik talian berikut:
Selamat menonton . . .
Sila klik talian berikut:
Kenangan Bersama Ibu
Subscribe to:
Posts (Atom)










.jpg)






